Komik bersiri Bengkung Pelangi karya Zoy ini disiarkan di akhbar Utusan Malaysia bermula pada Selasa 18 Februari 1986.
Mengisahkan Salim yang berhijrah dari desa ke kota untuk mencari kerja. Namun sebaik tiba di kota dia mendapati adiknya, Syalabiah terjebak dengan sindiket pelacuran terbesar di ibu kota tersebut. Bermulalah misi Salim untuk menumpaskan sindiket yang menjerat adiknya ke kancah pelacuran.