819
Allahyarham Mishar atau nama sebenarnya Mior Shariman Mior Hassan adalah nama besar dalam dunia kartun, komik dan penerbitan negara. Mishar yang merupakan bekas guru amat sinonim dengan dunia penerbitan kartun dan komik negara. Beliau adalah antara pengasas majalah kartun tanahair iaitu Gila-Gila dan Batu Api.