
Sepanjang membesar, keluarga pemuda itu sering berpindah randah berikutan tuntutan kerja bapanya yang merupakan seorang pegawai di sebuah syarikat swasta.
Selain di Malaysia, dia pernah tinggal di beberapa negara termasuk Singapura, Thailand dan Indonesia yang mana menjadi tempat paling lama mereka menetap sebelum pulang ke tanah air selepas bapanya bersara.

Kongsi pemuda asal Kual Lumpur, Razman (bukan nama sebenar), sepanjang tinggal di Indonesia, dia pernah menetap di beberapa negaeri seperti Jakarta, Medan dan Bali.
“Semasa menetap di Indonesia, kebanyakkan rumah yang kami tinggal berada di kawasan luar bandar, iaitu kawasan kampung yang dekat dengan kilang ayah.

Namun, dalam banyak tempat di Indonesia, penglaman menetap di Medan sangat paling saya ingat kerana insiden menyeramkan di sana,” katanya ketika dihubungi Cita Rasa baru-baru ini.
Tambahnya, dia menetap di Medan ketika berusia 13 tahun yang mana rumah yang didiami berada berada disebelah sebuah masjid lama.

Kata anak kedua daripada empat beradik itu lagi, tingkap biliknya pula menghadap ke kawasan tepi masjid yang menempatkan sebuah keranda lama yang tidak lagi digunakan.
Awalnya, ketika tinggal di sana, Razman, mengetahui tidak ada pekara yang aneh yang berlaku dan semuanya baik-baik sahaja.

Sehingga setelah seminggu tinggal di sana, ketika sedang mengulang kaji pelajaran di tengah malam, dia terdengar ada bunyi pelik kedengaran di kawasan masjid lama itu.
“Bunyinya seperti dinding kayu yang diketuk berulang kali dan ia berlarutan sehingga sekitar pukul tiga pagi.

Semasa mula-mula mendengar bunyi itu memang saya tidak berani melihat apa yang berlaku, tetapi memang pada keesokkan harinya ada orang meninggal di kawasan rumah,” ujarnya.
Jelasnya, bunyi yang dia dengar itu tidaklah kerap berlaku, mula-mula dia agak terganggu tetapi lama-kelamaan dia agak lali meskipun tidak pernah mengambil tahu mengapa bunyi itu wujud.

Namun, apa yang menjadian dia pelik, setiap kali bunyi itu ada, pasti akan ada orang yang meninggal dunia keesokkan harinya.
Perkara itu yang membuatkan Razman, ingin mengambil tahu tentang punca bunyi terdebut yang padanya ketika itu menjadi petanda kematian.

Sehingga suatu hari, ketita di tengah malam saat dia mendengar bunyi itu sekali lagi, Razman dengan perlahan pergi ke tingkap rumahnya dan melihat kawasan sekitar di masjid.
Mulanya tidak ada apa-apa yang kelihatan, namun selepas melihat ke arah keranda lama itu alangkah terkejutnya dia mengetahui bahawa ia sedang terapung dan berlanggar dengan dinding kayu masjid tersebut.

Situasi itu membuatkan dia tergamam dan kemudian Razman tidak sedarkan diri sehingga keesokkan pagi dia terjaga dikejutkan oleh ibunya di tepi tingkap.

Dia kemudian bercerita dengan keluarga tentang apa yang berlaku, malah awalnya mereka merasakan bahawa Razman hanya bergurau.
Namun, apabila sekali lagi bunyi itu kedengaran, dia kemudian mengajak keluarganya untuk melihat sendiri keranda tersebut yang akhirnya membuatkan mereka percaya.

Selepas melihat sendiri keranda itu terbang dan mengetahui esoknya ada orang meninggal dunia, bapa Razman cuba bertanya dengan orang lama di kampung berkenaan.

Katanya, orang kampung di situ memberitahu, keranda itu memang sudah lama tidak digunakan dan mereka juga sudah lama mengetahui bahawa setiap kali ada orang yang akan meninggal, ia akan memberi petanda.
