MMToon

DIGANGGU SAKA ARWAH NENEK

SEBELUM kematian ibunya, rumah pusaka yang didiami oleh seorang pemuda yang ingin dikenali sebagai Aiman itu biasa sahaja dan langsung tidak pernah berlaku sebarang gangguan.

Namun setelah ibunya meninggal dunia, Aiman yang terus tinggal di rumah pusaka peninggalan
neneknya itu kepada kepada keluarganya.

Saya seorang sahaja yang tinggal di rumah ini memandangkan adik-adik perempuan saya semuanya telah berkahwin dan tinggal bersama suami masing-masing.

 

“Jadi saya bersendirian tinggal di rumah ini kerana saya masih belum berkahwin,” katanya yang kini berusia awal 30-an.

 

Aiman juga menjelaskan, setelah lebih enam bulan ibunya meninggal dunia dia mula merasakan seperti ada ‘penghuni’ lain yang menumpang di dalam rumah itu.

Dia dapat merasakan seperti ada mata yang sedang memerhatikan dirinya di dalam rumah tersebut.

 

Malah setiap malam juga dia berhadapan dengan gangguan yang kurang menyenangkan.

“Rumah pusaka saya ini dua tingkat dan saya jarang naik ke bahagian atas dan saya sering tidur di ruang tamu.

 

“Setiap malam saya dapat mendengar seperti ada orang yang berjalan di bahagian atas rumah saya memandangkan lantai rumah atas saya diperbuat daripada kayu.

“Bukan itu sahaja, saya sering mendengar pintu bilik di atas rumah saya sering dibuka dan ditutup,” jelasnya.

 

Tambahnya, malah ada ketikanya dia terdengar suara seperti mengilai di ruang atas rumahnya itu.

Dalam masa yang sama, Aiman menjelaskan, dia juga ternampak satu kelibat yang berdiri di tangga dalam rumahnya pada waktu malam.

 

“Sekali pandang saya melihat kelibat yang berdiri di tangga itu kelihatan seperti arwah nenek saya.

“Saya tidak mempedulikan kelibat itu dan saya terus keluar rumah dan tumpang tidur di rumah kawan saya pada malam itu,” katanya.

Malah selepas itu, Aiman sering menerima gangguan dan ada ketikanya dia merasakan dirinya seperti ditindih satu benda yang berat ketika tidur malam.

Di dalam rumah itu kadang-kadang dia ada melihat kelibat yang menyerupai nenek dan ibunya yang sedang berdiri dan memperhatikannya.

 

“Ada satu kejadian di mana saya sedang tidur dan merasa seperti ada benda yang menghimpit saya.

“Apabila saya membuka mata betul-betul di hadapan mata saya ada satu kelibat yang berambut panjang dan saya tidak nampak wajahnya berada di sebelah saya.

“Dalam keadaan terkejut itu saya terus memejam mata dan kemudian membawa beberapa surah dengan kuat,” ujarnya.

 

Aiman berkata, dia ada menceritakan tentang gangguan itu kepada rakannya-rakannya.

Salah seorang rakannya menjelaskan dia ingin merasai gangguan itu dan ingin menumpang tidur di rumah Aiman.

 

“Saya mencabarnya untuk tidur di sebuah bilik di bahagian atas rumah saya.

“Dia setuju dan sekitar pukul 12 malam dia naik tidur dan saya berada di bahagian bawah, dua jam selepas itu dia lari turun dan mengatakan ingin pulang ke rumah.

“Rakan saya menyatakan dia ‘diganggu’ di dalam bilik itu dan melihat sendiri ada beberapa kelibat di dalam bilik tersebut termasuklah satu kelibat berbulu berwarna hitam dan bertaring,” katannya.

 

Selepas peristiwa itu, Aiman ada pergi menceritakan hal tersebut kepada salah seorang orang tua yang ada di kampungnya.

“Orang tua itu mengatakan sebenarnya nenek saya ini mempunyai ‘pendamping’ bagi menjaga keluarganya.

Setelah nenek saya meninggal dunia, ibu saya yang menjadi tuannya, selepas ibu saya meninggal tidak ada sesiapa yang ingin mewarisinya.

 

“Oleh sebab itu, dia sering berkeliaran dan mengganggu sesiapa yang ada di dalam rumahnya saya ini,” jelasnya.

 

Aiman juga menjelaskan, salah seorang adik perempuannya itu juga menceritakan bahawa ibu mereka ada ingin memberi sesuatu kepadanya untuk diwarisi sebenarnya.

Tetapi adiknya itu menolak dan tidak mahu mengambil ‘saka’ yang ingin diwariskan kepadanya itu.

Selepas itu, Aiman ada meminta pengamal perubatan untuk membuang dan makhluk yang ada di dalam rumahnya itu agar dia tidak lagi diganggu.

Setelah beberapa kali sesi ‘rundingan’ saka yang asal daripada neneknya itu berjaya dibuang dan kini dia tidak berhadapan dengan sebarang gangguan lagi di rumah itu.

 

Kisah ini telah disiar di akhbar Kosmo! Ahad. Imej janaan AI

 

MMToon dimiliki oleh Media Mulia Sdn. Bhd. yang memegang hak cipta dan menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo!Ahad
Tidak dibenarkan menerbitkan semula dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, termasuk fotokopi, rakaman, atau lain-lain kaedah elektronik atau mekanikal
tanpa kebenaran pihak MMToon dan Media Mulia Sdn Bhd.

Hak cipta terpelihara © 2025, MMTOON
Media Mulia Sdn. Bhd. 201801030285 (1292311-H)

error: Content is protected !!