WANITA ITU CUBA BANGUN DAN MENJERIT. DIA MAHU MENGHALANG JELMAAN TERSEBUT YANG SEDANG MENINDIHNYA, NAMUN SUARANYA TERSEKAT DI KERONGKONG..
Biarlah saya namakannya sebagai mak cik Zaiton sahaja. Usia wanita ini 50-an dan telah beberapa bulan kematian suami.
Masalah wanita itu, dia sering didatangi oleh jelmaan suaminya pada lewat malam, ketika matanya hampir terlelap.
Jelmaan itu tiba-tiba sahaja sudah berada di dalam bilik, kemudian mendekatinya. Wanita itu cuba bangun dan menjerit.

Dia mahu menghalang jelmaan tersebut yang sedang menindihnya, namun suaranya tersekat di kerongkong. Badannya seperti telah diikat. Dia tidak mampu bergerak.
Akhirnya, wanita ini terpaksa menyerahkan diri untuk diperkosa oleh jelmaan suaminya. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi berulang kali sejak suaminya meninggal dunia.

Ketakutan itu hanya selesai selepas seorang pengamal perubatan Islam membuang hantu raya belaan arwah suaminya ke laut.
Begitu cerita yang disampaikan kepada saya oleh seorang kenalan, yang merupakan anak saudara kepada wanita berkenaan.
“Itu saka bapa saudara saya. Saya tak pelik sebab dia pawang terkenal di kampungnya,” kata kenalan saya itu. Janganlah anda terkejut dengan apa yang diceritakan itu kerana kisah sebegini bukan rahsia lagi dalam masyarakat Melayu.

Malah, ada kes seorang ustazah yang diperkosa oleh jelmaan suaminya, sedangkan suaminya itu adalah nazir masjid dan masih hidup lagi! Selepas didesak oleh wanita berkenaan, si suami itu akhirnya mengaku semua itu angkaranya.
Dia meminta bantuan jin untuk melunaskan nafkah batin kepada isterinya itu, memandangkan dia mempunyai dua orang isteri lagi! Jangan anda fikir kejadian ini hanya berlaku dalam masyarakat Melayu sahaja.
Seorang sifu terkenal di Negeri Sembilan, Sifu Chiow Wee Kong pernah menceritakan kepada saya dua kejadian misteri yang pernah ditanganinya pada tahun 2001 dan 1999.
Kejadian pertama berlaku kepada seorang pemuda tampan bernama Ah Liong. Suatu hari Ah Liong terdengar suara perempuan memanggil-manggil namanya.
Lembut dan manja, tetapi aneh, pemilik suara itu tidak kelihatan. Setelah berlaku beberapa kali, suatu malam Ah Liong melihat seorang wanita berkulit hitam berkilat tiba-tiba muncul di dalam biliknya.
Wanita itu berpakaian seksi dan mengenakan mekap tebal. Ia memanggil-manggil Ah Liong dan mara setapak demi setapak. Wanita itu terus merapati Ah Liong, melucutkan baju dan seluarnya, kemudian memperkosa lelaki tersebut.

Malam itu saja, beberapa kali Ah Liong diperkosa wanita berkenaan. Kejadian itu berulang setiap hari.
Bukan saja pada waktu malam, malah wanita berkulit hitam berkilat itu juga datang pada siang hari ketika Ah Liong sedang bekerja atau memandu.

Pada awalnya memang Ah Liong seronok. Tetapi apabila diperkosa sehingga 10 kali sehari, setiap hari tanpa hari rehat, pemuda itu tidak tahan lagi.
Tubuhnya sudah lembik, dia tidak dapat tidur dan fikiran kusut. Masalahnya, Ah Liong tidak mampu menolak kemahuan wanita hitam itu.
Apabila terdengar suara panggilan wanita itu, tubuh Ah Liong serta-merta menjadi lemah. Dia akan terlelap, atau pulang ke rumah untuk tidur. Sejurus matanya terlelap, wanita itu akan muncul dan merogolnya.

Beberapa kali Ah Liong meminta kawan-kawannya menghalang wanita itu, tetapi gagal. Manakan tidak, wanita itu sememangnya bukan manusia.
Mereka lihat ialah Ah Liong tiba-tiba menjerit, matanya terbeliak, badan serta pinggangnya terangkat-angkat, dan kemudian… seluarnya basah!

Ah Liong tidak dapat melarikan diri. Ke mana saja dia pergi, jelmaan wanita itu tetap mengekorinya. Bayangkan, sehari sampai 10 kali, siang dan malam tanpa ada hari cuti!
Sifu Chiow yang boleh melihat alam ghaib memberitahu, Ah Liong sebenarnya diperkosa oleh roh seorang pelacur yang terserempak dengan Ah Liong semasa pemuda itu menggunakan sebatang jalan berhampiran rumah kongsi pekerja Indonesia. Ia terpikat dengan ketampanan Ah Liong serta bentuk tubuhnya yang tinggi dan tegap.

Kejadian itu turut menimpa seorang gadis bernama Sherryl, 21 tahun. Gadis cantik bertubuh langsing itu memberitahu Sifu Chiow, sudah tiga tahun dia diperkosa lembaga hitam yang bertubuh sasa.
Lembaga itu akan muncul ketika dia sedang tidur, bersama satu lagi lembaga hitam yang lebih kecil tubuhnya. Sementara lembaga hitam yang kecil memegang kedua-dua belah tangan Sherryl, lembaga yang besar akan melucutkan pakaian gadis itu dan kemudian menodainya.

Kejadian itu berlaku setiap hari, baik siang mahu pun malam. Kata Sherryl, dia cuba menghalang dengan memakai beberapa helai baju dan seluar.
Namun sia-sia. Apabila sedar, Sherryl melihat tubuhnya sudah tidak berpakaian lagi.

Sherryl pulang ke kampung untuk meminta bantuan keluarganya.
Namun mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana lembaga hitam itu tidak kelihatan.
Yang mereka nampak hanyalah Sherryl menjerit dan meronta seperti hilang akal, sebelum badannya terangkat-angkat dan akhirnya terkapar longlai.
Tetapi menakutkan, terdapat kesan air liur di beberapa bahagian tubuh gadis berkenaan.

Sherryl kemudian berubat dengan Sifu Chiow. Melalui deria penglihatannya yang boleh menembusi alam ghaib, Sifu Chow mendapati, dua lembaga hitam itu adalah roh sepasang suami isteri yang telah lama meninggal dunia.
Lembaga yang besar meminati Sherryl dan mahu memperisterikannya. Lembaga hitam yang kecil pula membantu suaminya merogol Sherryl sebagai tanda ketaatan.
INCUBUS DAN SUCCUBUS
Kejadian-kejadian itu berlaku dalam masyarakat Melayu dan Cina. Untuk pengetahuan anda, kepercayaan sebegini juga wujud dalam kalangan masyarakatmasyarakat lain di seluruh dunia.
Di Eropah, mereka percaya ia angkara syaitan Incubus dan Succubus. Incubus ialah syaitan yang menjelma dalam bentuk lelaki yang sangat tampan dan hadir dalam mimpi wanita untuk merogolnya.

Tujuan syaitan ini adalah untuk mendapatkan anak. Anak yang lahir bersifat separuh syaitan itu dinamakan Cambion.
Succubus pula syaitan betina yang berperanan memperkosa lelaki yang sedang tidur dengan menjelma dalam mimpi mangsa sebagai wanita yang sangat cantik.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan sperma manusia. Incubus dan Succubus melakukan perkosaan ini berulang kali setiap hari sehingga mangsa mereka lemah dan akhirnya mati.
Masyarakat Yahudi pula percaya, semua ini angkara Lilu dan Lili. Lilu ialah syaitan jantan, manakala Lili ialah betina. Tujuan syaitan ini adalah untuk mengambil benih manusia bagi kelangsungan keturunan mereka.

Mare akan menaikkan nafsu lelaki itu, kemudian menderanya sehingga mangsa tidak berdaya. Tujuan Mare adalah untuk membunuh lelaki berkenaan.
Bagaimana dengan penjelasan sains? Dalam kajian sains dan pengkaji paranormal Barat yang menafikan kewujudan makhluk supernatural, semua ini adalah gejala kelumpuhan tidur (sleep paralysis).

Ia berlaku semasa mangsa sedang tidur serta bermimpi didatangi makhluk-makhluk jahat yang terdapat dalam halusinasi dan kepercayaan mereka. Tubuh mereka kejang dan lumpuh, menyebabkan mereka tidak dapat bangun dan keluar daripada mimpi tersebut.
Kisah ini telah disiar di akhbar Mingguan Malaysia . Ilustrasi janaan AI
